Monday, June 04, 2012

Rinduku Rindumu Bersatu


Merindui mu sesuatu yg sgt indah, yg pernah aku miliki saat ini. kasih sayangmu yg ku harapkan agar suatu hari awk tak membarkan sye sendiri. krn dlm dri sye hya ada awk yg bertahta. tak ada seorang pun yg bisa mengantikan drimu didalam hatiku. krn bagiku kasih syg ku hya utkmu. jadilah insan yg membhgiakn aku, habiskan lh sepanjangkan hidupmu bersamaku. krn ku berjanji akn mempastikan dirimu bahgia selalu bersamaku. kuatkan tembok cinta kita. hya satu ku pinta. berlajarlah setia kpdku. krn ku akn setia uk mu sehingga hujung nafasku... berjanjilah cinta, janji lah kpd ku. bajalah kasih kita dgn tulus. jaga diri.. ingat lah abg stiasa mcintaimu. menyangimu tak kan pernah berhenti. membahgiakn mu adalah tangjwbku. krn kau seorang insan yg bakal menerangi kegelapan hidupku. setelah kehadiran mu. hdp ku sungguh bermakna. krn kau nadi ku. wahai sayangku... abg sayang sgt... muahhhh

Kekasihku

Kekasihku !!! moga sayang memahami dan merasai murni cintaku tetap buat mu syahdu asmara nukilan kasihmu setiap detik waktu membawa jiwaku ke alam kebahagiaan bersamamu begitu bertuah aku mengenali insan sepertimu sekuat jiwa hatiku memeluk hatimu erat walau kehujung nafasku syukur pada Ilahi sungguh indah perkasihan ini. insanbiasa

Ombak

Ombak Di suatu pagi yang hening aku termenung di pinggir pantai kehidupan ombak datang dan datang bersama bayu lembut berhembus membawa titis seni jiwamu dan menyentuhi jiwaku begitu lama aku jadi perindu bila bertemu bicaramu aku terasa itu suara kasih yang syahdu benarkah perasaanku itu atau itu hanya hayalan aku seorang perindu oh ! ombak ... andai sayang mendengar rahsia hatiku inilah lagu cintaku kiranya sudi hati sayang nyanyikanlah dengan suara merdu wanitamu aku ingin bersamamu menikmati seni percintaan

Selamat Pagi

syg Pagi ini spti biasa sblm trun keja, smpat sye ambil picture utk tatapan insan yg sye syG, sye nak dia tahu bhwa dialah insan yg sring sye rindui. stiap kja yg dilakukan tak kn mjadi jka hati sring mgingati dia yg kita syG. smua tak kena. kuat sgt pengaruh rdu ini utk se0rg yg kita syG ini. abg hrp wlp dimna dia brada, dia pun akn stiasa ingat kita. apa yg kita tahu saat ini. perasaan rdu kuat menguasai, sehingga prkra yg ingn dibuat tergendala. alaaaa sakit nya begini. tp apa pun yg ptg kita hrp dia merasa perkara yg sama juga.. syG... jg dri utk abg. dikejauhan ini abg titipkan salam sayang yang tak pernah ada noktah nya. salam rindu yang tak pernah jemu. ckp utk pg ini. kmudian abg akn udpte jika line bagi peluang utk abG mengatakn nya pd syG. love u s0 much eina. abG syG eina sGt.

Cinta aku

Tidak perlu aku bertemu dgnmu untuk berkata cinta kerana cintaku bukan kerana usia rupa dan harta cintaku padamu lahir dalam jiwa bila aku melafazkan cinta itu adalah lafaz hati tiada syarat untuk cintaku dengarlah Sayang .. aku telah cinta padamu andai sayang juga mencintai aku aku ingin cinta itu juga tanpa syarat bertemulah cinta kita dalam kamar rindu daerah asmara yang sangat syahdu buat Sayang dan aku terbang dalam alam kasih dan sayang belayar dalam lautan asmara mengembara di dunia percintaan.

Sunday, June 03, 2012

Inikah nama nya RINDU..

Hari ini adlh hri yg pnuh bermakna dlm hdpku. merasa diri disayangi, dicintai setulus hati. aku bersyukur Kpdnya, sekian lama hati ku tertutup selama ini, skrg bisa terbuka lagi, dgn khdiran s0rg insan yg tulus hati nya utk mcintaiku, menyangiku. dgn khdiran mu mbuatkn hariku sering diundang rasa rdu, rdu yg teramat sgt utk drimu. wlpun kita berjauhan dr awk, tp awk sentiasa dekat selalu dihati kita. syg awk sangat!!

Tenang Menjemput Bahagia

Senyum, senyum, senyum.... lirikkan bibir yang semakin manis menunjukkan usiran sepi hati ini... bunga yang kian kembang dibajai membuatkan resah hati bagaikan berlalu pergi tanpa usiran... benarkan wajah mulus itu kutatap selalu wahai si dalang perompak hati... jangan sesekali kau mengucap derita bersamaku... akan ku pastikan wajahmu dilimpahi senyuman agar hati ini puas bersama dakapan gembira... jangan sesekali kau mengungkap kata pergi sehingga air duka aku titiskan lagi... pengharapan kasih sayang darimu ku pohon agar talian ini tenang tanpa gelora... walaupun sesekali keruh melewati fitnah duniawi... kasih darimu ku dambakan agar hati gembira ini dapat ku bawa sehingga nafas berada di sedutan terakhir... terima kasih bunga mekar di daerah bahagia ini.

Muhasabah

Hati ini cuma sekeping,tapi perasaan terlalu banyak.kadang-kadang hati mengalah,biarlah kali ini perasaan yang menang, biarlah,untuk kali ini perasaan yang mengawal hati.cuma sekali sahaja.namun hati lupa hadis nabi,hati lupa pesanan kekasih Allah itu: Daripada Abu Abdullah al-Nu’man ibn Basyer r.a. رضي الله عنهما beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya perkara yang halal itu terang jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu terang jelas, dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat maka sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya. Dan barangsiapa yang terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya. Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkara-perkara yang diharamkanNya. Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati. Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim. lantas hati tewas,hati yang patutnya dipandu oleh iman makin jauh dari tuhanNya.hati yang semakin lemah makin lupa untuk bertaqarub dengannya.semakin lalai,semakin hanyut.dan mungkin wanauzubillahi min zalik,hati ini telah keras. Kemudian sesudah itu, hati kamu juga menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Pada hal diantara batu-batu itu ada yang terpancar dan mengalir air sungai daripadanya dan ada pula di antaranya yang pecah-pecah terbelah lalu keluar mata air daripadanya dan ada juga di antaranya yang jatuh ke bawah kerana takut kepada Allah sedang Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa yang kamu kerjakan. diam dan berfikirlah…di mana hati kita? sekeras manakah hati itu? masih ada walau secebis cinta untukNya? masihkah ada perasaan rindu padaNya? masihkah ada ketaatan? masihkah ada iman? dan sungguh Allah yang maha pemurah,maha penyayang,maha pengampun,maha segala-galanya.. saya sangat tertarik dengan doa mathurat yang berbunyi:

Allahumma, aku terjaga olehmu dalam nikmat, afiat (keselamatan dari mara bencana), dan terjaganya rahsia-rahsia (dosa-dosa)ku, maka sempurnakan nikmatMu, afiatMu dan penjagaanMu itu atasku, di dunia dan akhirat. semoga esok masih ada untuk menjadi hamba yang lebih baik,hamba yang patuh dan taat.semoga esok masih bernafas dalam cintaNya,bergerak dalam redhaNya,terus melangkah,biar rebah,tanpa menoleh lagi tanpa meninggalkan hati.moga esok masih ada,buat merawat hati yang sedang leka.bangunlah hati.masa tidur sudah lama berakhir. wallahuallam. *Selembut bayu laut,menyampaikan ayat tuhanNya demi sebuah redha*